Sunday, 7 June 2015

Kutitipkan Hati Pada Tuhan.

Hidup adalah tentang penantian dan pencarian. Hidup juga adalah tentang menemukan dan ditemukan. Namun, ada banyak kesempatan. Hidup adalah tentang merelakan.

Banyak hati yang menuntut kepastian selagi menunggu. Supaya mereka tahu bila mereka kena menyerah dan bila mereka harus tetap menunggu. Tak ramai yang sedar bahawa tiada kepastian dalam menunggu. Tidak ada kepastian untuk hati yang menunggu hati.


"I'll wait for you because I don't want anyone else"

Kadang hati boleh memilih. Kadang hati boleh bertahan walaupun ia belum dipilih. 
Demikian juga dengan hatiku.

Tak salah nak memilih. Tak salah nak mengharap. Tak salah nak menitipkan hati pada Tuhan. Agar kelak bila ada yang datang dan memilih hati, ia akan memintanya langsung kepada Tuhan. Kerana kini, aku bahkan tidak sanggup untuk menjaga hatiku sendiri. Aku tak bersedia untuk jatuh cinta lagi.


Sebab Perempuan Suka Menangis.

Kenapa perempuan suka menangis?

Perempuan lebih cepat menangis dan mengingati peristiwa yang menyebabkan dia menangis malah ketawa jika mampu berbanding lelaki.

Antara sebab perempuan menangis..


  1.  Mencuci mata - Dapat membuang bahan kimia yang terdapat dalam mata.
  2.  Mengurangkan stress.
  3.  Tanda keinsafan.
  4.  Sebagai ugutan emosi.


Perempuan menangis bukan kerana dia ingin kelihatan lemah,
Tetapi dia sudah tidak sanggup untuk berpura-pura kuat lagi.

Perempuan menangis bukan bererti dia ingin mencari perhatian,
Tetapi dia sudah diabaikankan oleh seseorang yang sering memberikannya perhatian.

Perempuan menangis bukan kerana dia mengharapkan belas kasihan,
Tetapi dia sedang mengasihani dirinya sendiri.

Hargailah titisan air mata seorang perempuan terutamanya yang bergelar IBU.
  

Cinta Harus Memilih.

Hanya untuk suka-suka. Selamat membaca...:)

Suatu hari di sebuah sekolah....
 Aira telah jatuh cinta pada rakan sekelasnya yang bernama Hairil. Aira tahu mecintai Hairil hanya akan menyakiti hatinya. Tetapi Aira sedar perasaan cinta itu boleh datang bila-bila sahaja, dengan siapa dan dimana sahaja. Hingga suatu hari, Hairil dengan tidak sengaja terjumpa sehelai kertas terselit di dalam buku PA milik Aira yang Hairil pinjam dan ternyata kertas itu adalah coretan hati Aira. Kini Hairil tahu apa perasaan Aira terhadapnya. Suatu hari, Hairil menanyakan hal itu terus pada Aira.. "Ira, betul ke apa yang awak tulis tu?".....Ketika itu Aira tidak tahu apa yang Hairil maksudkan. Kemudian dia bertanya.. "Awak cakap pasal apa ni Ril? Saya tak fahamlah."...Hairil tanya "Betul ke yang selama ni awak sukakan saya?".....Ketika mendengar pertanyaan Hairil, hati Aira berdegup sangat laju. Aira tidak tau apa yang ingin dijawabnya. Kemudian, Aira terus pergi tinggalkan Hairil seorang diri.

          Selama ni Aira tak sedar bahawa ada seseorang yang menyukainya dalam diam. Lelaki itu benama Shah. Shah memang dah lama pendam perasaan pada Aira. Sampai satu hari Shah memberitahu Aira tentang perasaannya.

Shah : Ira, saya nak cakap dengan awak.
Aira : Cakap je lah.
Shah : Hal ni penting, saya harap awak faham.
Aira : Okay, apa yang awak nak cakap?
Shah : Ira, sebenarnya saya.....saya.....saya....
Aira : Awak nak cakap apa ni? Asyik saya saya? Cakap biar jelas, jangan buat saya tertanya-tanya.
Shah : Okay, okay Ira, sorry. Saya sebenarnya nak cakap saya suka awak.
Aira : Awak suka saya? Betul ke? Emm, tapi saya cuma anggap awak sebagai seorang kawan. Tak pernah lebih dari tu. So saya minta maaf, saya tak dapat nak terima awak sebab hati saya telah dimiliki oleh seseorang. Maaf.
Shah : Emmm, takpelah Ira. Saya faham perasaan awak. Semoga awak berjaya mendapatkan cinta awak tu.
Aira : Terima kasih doakan saya.
Shah : Sama-sama.

Aira pergi meninggalkan Shah untuk masuk ke kelasnya....
Aira juga ada seorang kawan baik bernama Mia. Mia bercerita semua tentang Hairil kepada Aira.

Mia : Ira, ada something yang kau kena tahu pasal Hairil!
Aira : Hairil? Kenapa dengan dia?
Mia : Confirm Hairil dah berpunya.
Aira : Tak mungkin Hairil. Kau mesti salah orang ni.
Mia : Tak Ira. Betul!

Hati Aira terasa sakit sekali dan dia pun menangis. Kini, Aira ingin melupakan cintanya kepada Hairil walaupun hatinya sakit sekali.....

Suatu hari, Aira teringatkan Shah. Jejaka yang telah melafazkan cintanya kepada Aira. Namun, dia tolak hanya kerana cintanya pada Hairil. Aira ingin mengenali Shah dengan lebih dalam. Tapi itu semua sudah terlambat. Shah sudah pun memiliki penggantinya dan Shah telah melupakan perasaannya terhadap Aira. Aira berasa sedih..kenapa kisah cintanya harus berakhir dengan air mata. Akhirnya, Aira sedar bahawa cinta itu harus memilih dan harus mengorbankan perasaan seperti pengorbanannya untuk Hairil dan juga pengorbanan Shah untuknya.

Sekian, terima kasih.