Thursday, 9 January 2020

Birdnest Essence by PNA (BNE by PNA)

Moreeee  great reviews & feedbacks!


Sedikit sebanyak tentang BNE.

Nama Product : Birdnest Essence by PNA
Jenis product : Essence
Saiz : 15ml



BIRDNEST ESSENCE BY PNA REVIEW



The Power of BNE.

- Mengecutkan jerawat.
- Menegangkan kulit muka supaya nampak lebih GLOWING & mengatasi kulit kusam.
- Merawat luka & berkesan menghilangkan parut.
- Merawat kulit BERMINYAK & KERING
- Melembab & menyegarkan kulit.


Suitable for : ALL Skin Types!


Birdnest Essence by PNA INGREDIENT :

90% PATI PURE dari sarang burung Walet, Tomato Extract, Cucumis Sativus (Timun), Phoenix Dactylifera (Kurma), Rumpai Laut, Rapeseed Oil & Olive Oil.


Ingredient Analysis : 

- 90% Pati Pure sarang burung walet untuk melembutkan & menegangkan kulit.

Tomato ; Mengandungi vitamin A dan vitamin C untuk enyejukkan kulit, menyerap lebihan minyak, mengecutkan jerawat & memudarkan bintik hitam pada wajah.

Timun ; Ada antioxidant, vitamin C dan beta carotene untuk hilangkan mata panda, mengurangkan keradangan, melembabkan kulit & menghilangkan kedutan pada wajah.

Rumpai Laut ; Kolagen semula jadi untuk mengurangkan air dalam kulit. Menghilangkan garis garis halus, merawat luka, pigmentasi & sesuai untuk orang berkulit sensitif.




Packaging : Didatangkan dengan 15 ml botol kaca transparent. Sekarang BNE dah segak bergaya dengan kotak Black Goldnya tau!




Texture/ Consistency :
Texture pekat tapi tak melekit langsung & tak berminyak, cepat meresap dalam kulit. Baunya wangi sangat!


Macam mana nak pakai BIRDNEST ESSENCE?




Pengalaman saya sendiri pakai Birdnest Essence ni.
Saya dah pakai essence ni sebulan & dah habis dah pun....Sekarang on the third bottle. Suka gilaaaa gila! Sampai kalau sehari tak pakai, rasa hidup ini tak lengkap. Harga berpatutan sangat2!

Basically, memang kulit rasa hydrated sangat, while irritations & oily semua tak ada. Kulit rasa lembut and lembap. Dia cepat meresap & tak rasa melekit langsung.


Hydrating? Yes! Glowing? Yes! Overall, I am so in love.

Recommended? Yaaaaa! Sangat2 recommended if korang ada skin concern macam saya.




p/s - Ni bukan review berbayar & skin kita lain2. Mungkin sesuai dengan saya tapi tak sesuai dengan awak. Ni cuma pengalaman saya. 


THANKYOU FOR READING!


Sunday, 7 June 2015

Anonymous.

Kau selalu dikecewakan oleh dia.
Kau selalu menangis disebabkan dia.
Kau selalu disakiti oleh dia.
Adakah patut kau tetap berharap pada dia?
Ataupun dalam kecewa, dalam tangis dan dalam sakit itu ada bahagia yang kau dapat?
Kalau kau kecewa, dia akan berubah jadi baik ke?
Kalau kau menangis, dia akan temankan kau ke?
Kalau kau sakit hati, dia akan sayangkan kau ke?
Jawapannya TAK!

Jadi..
Sudah tiba masanya untuk kau pergi.
Sudah tiba masanya untuk kau berpaling.
Sudah tiba masanya untuk kau menjauh.
Setidaknya pergilah dari kekecewaan, berpalinglah dari tangisan, 
menjauhlah untuk membahagiakan hati kau.

Susah ke untuk kau buat semua tu?
Jika "YA", 
Fikirlah betapa dia tak pernah mengharapkan kau,
Fikirlah betapa dia tak pernah pedulikan kau,
Fikirlah betapa dia tak pernah memikirkan kau.
Tanpa kau sedari kau dah hanyut dalam harapan, impian dan angan-angan kosong kau.

Esok, lusa, nanti ataupun detik yang akan datang kau akan kecewa, menangis dan sakit hati lagi. Semua tu tak CUKUP lagi ke?

Tiba masanya untuk kau melangkah, 
Jangan bertahan untuk harapan yang tak pernah ada,
Jangan menunggu hembus angis yang lalu,
Jangan sampai kau terbangun dalam keadaan yang remuk.

Selagi kau boleh berdiri,
Selagi air mata kau belum habis,
Selagi hati kau belum bernanah.

Biarlah sakitnya terasa hari ini,
Esok luka itu akan mengering,
Biarlah dia jadi kenangan pada kau.

Jangan pernah menoleh ke belakang lagi,
Jika harini kau sedar siapa dia,
Besok, tahun depan, sepuluh tahun lgi,
Dia akan tetap menjadi orang yang sama,
Yang tak pernah mempedulikan kau,
Yang hanya memberi kau sedikit kata, sedikit senyum,
Yang akan menumpahkan air mata kau, menggoreskan rasa kecewa 
dan mengukir luka dihati kau.

Pergilah,
Biarkan harini jadi hari terakhir kau kecewa,
Biarkan air mata kau menitis dengan deras,
Biarkan rasa sakit itu menghujam dalam.
Tapi itu yang TERAKHIR untuknya...TERAKHIR.
Sekian.

Ketika cinta bertepuk sebelah tangan.

Menghitung kelopak bunga "Dia cinta, dia tidak cinta....Dia cinta, dia tidak cinta....." Kemudian terjawablah ternyata dia tak cinta. Takpe, mungkin tanpa kau sedari ada satu kelopak bunga yang jatuh sebelum kau memetiknya.

Disaat kau merasakan hati yang mula berdebar, pandangan yang tak pernah lepas dan dengan perlahan mula menyukai si dia. Inilah yang kita sebut sebagai fasa awal dari sebuah rasa cinta. Berawal dari simpati ataupun benci, cinta boleh datang tanpa kau sedari. Setiap malam kau terbayang wajahnya, sampai terbawa-bawa dalam mimpi. 

Hal ini akan semakin indah jika seseorang yang kita cintai juga mencintai kita. Waktu yang dilalui pada saat berseminya cinta akan menjadi sebuah kenangan manis. Indah...memang indah...masa jatuh cinta, apa je yang tak indah?

Tapi macam mana jika kita mencintai tetapi tidak dicintai? Kecewa, kesal, malu dan sakit hati tu dah pasti. Cinta bertepuk sebelah tangan, sering kali kita akan berasa bahawa kita yang berlaku salah kerana terlalu cepat membuat kesimpulan tentang isi hati seseorang. Sudahlah, tak perlu mengurung diri lama-lama. Tak perlu bersedih dengan menangis. Bangkit dari rasa sakit ini. Move on setelah putus cinta.

Ianya hanya satu hubungan yang singkat.
Percayalah bahawa perasaan ini hanya sementara dan kita akan melupakannya kelak. Cinta datang dan pergi sesuka hati. Sebelum perasaan tu sampai ke puncaknya adalah lebih baik jika menghentikannya dengan segera.

Berhenti berharap
Untuk apa menunggu cinta yang tak pasti? Kebaikan dan perhatian si dia telah membuat kau semakin berharap untuk mendapatkan cintanya. Padahal, dia peduli bukan kat kau je dan dia juga tak cintakan kau pun. Jadi, berhentilah berharap. Mungkin ada orang lain yang tengah tunggu kau.

I'm fine
Terlalu lama  bersedih akan membawa rasa sakit itu semakin dalam. "I'm Fine", katakan pada diri sendiri maka kau pun akan berasa bahawa semuanya baik-baik saja. Jika kau berkata "I'm not fine" maka segalanya akan lebih menyakitkan hati. Cinta memang tak selamanya indah tapi dalam setiap cerita cinta, yang tak indah itu perlu.

Sekian.