Disaat kau merasakan hati yang mula berdebar, pandangan yang tak pernah lepas dan dengan perlahan mula menyukai si dia. Inilah yang kita sebut sebagai fasa awal dari sebuah rasa cinta. Berawal dari simpati ataupun benci, cinta boleh datang tanpa kau sedari. Setiap malam kau terbayang wajahnya, sampai terbawa-bawa dalam mimpi.
Hal ini akan semakin indah jika seseorang yang kita cintai juga mencintai kita. Waktu yang dilalui pada saat berseminya cinta akan menjadi sebuah kenangan manis. Indah...memang indah...masa jatuh cinta, apa je yang tak indah?
Tapi macam mana jika kita mencintai tetapi tidak dicintai? Kecewa, kesal, malu dan sakit hati tu dah pasti. Cinta bertepuk sebelah tangan, sering kali kita akan berasa bahawa kita yang berlaku salah kerana terlalu cepat membuat kesimpulan tentang isi hati seseorang. Sudahlah, tak perlu mengurung diri lama-lama. Tak perlu bersedih dengan menangis. Bangkit dari rasa sakit ini. Move on setelah putus cinta.
Ianya hanya satu hubungan yang singkat.
Percayalah bahawa perasaan ini hanya sementara dan kita akan melupakannya kelak. Cinta datang dan pergi sesuka hati. Sebelum perasaan tu sampai ke puncaknya adalah lebih baik jika menghentikannya dengan segera.
Berhenti berharap
Untuk apa menunggu cinta yang tak pasti? Kebaikan dan perhatian si dia telah membuat kau semakin berharap untuk mendapatkan cintanya. Padahal, dia peduli bukan kat kau je dan dia juga tak cintakan kau pun. Jadi, berhentilah berharap. Mungkin ada orang lain yang tengah tunggu kau.
I'm fine
Terlalu lama bersedih akan membawa rasa sakit itu semakin dalam. "I'm Fine", katakan pada diri sendiri maka kau pun akan berasa bahawa semuanya baik-baik saja. Jika kau berkata "I'm not fine" maka segalanya akan lebih menyakitkan hati. Cinta memang tak selamanya indah tapi dalam setiap cerita cinta, yang tak indah itu perlu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment