Hanya untuk suka-suka. Selamat membaca...:)
Suatu hari di sebuah sekolah....
Aira telah jatuh cinta pada rakan sekelasnya yang bernama Hairil. Aira tahu mecintai Hairil hanya akan menyakiti hatinya. Tetapi Aira sedar perasaan cinta itu boleh datang bila-bila sahaja, dengan siapa dan dimana sahaja. Hingga suatu hari, Hairil dengan tidak sengaja terjumpa sehelai kertas terselit di dalam buku PA milik Aira yang Hairil pinjam dan ternyata kertas itu adalah coretan hati Aira. Kini Hairil tahu apa perasaan Aira terhadapnya. Suatu hari, Hairil menanyakan hal itu terus pada Aira.. "Ira, betul ke apa yang awak tulis tu?".....Ketika itu Aira tidak tahu apa yang Hairil maksudkan. Kemudian dia bertanya.. "Awak cakap pasal apa ni Ril? Saya tak fahamlah."...Hairil tanya "Betul ke yang selama ni awak sukakan saya?".....Ketika mendengar pertanyaan Hairil, hati Aira berdegup sangat laju. Aira tidak tau apa yang ingin dijawabnya. Kemudian, Aira terus pergi tinggalkan Hairil seorang diri.
Selama ni Aira tak sedar bahawa ada seseorang yang menyukainya dalam diam. Lelaki itu benama Shah. Shah memang dah lama pendam perasaan pada Aira. Sampai satu hari Shah memberitahu Aira tentang perasaannya.
Shah : Ira, saya nak cakap dengan awak.
Aira : Cakap je lah.
Shah : Hal ni penting, saya harap awak faham.
Aira : Okay, apa yang awak nak cakap?
Shah : Ira, sebenarnya saya.....saya.....saya....
Aira : Awak nak cakap apa ni? Asyik saya saya? Cakap biar jelas, jangan buat saya tertanya-tanya.
Shah : Okay, okay Ira, sorry. Saya sebenarnya nak cakap saya suka awak.
Aira : Awak suka saya? Betul ke? Emm, tapi saya cuma anggap awak sebagai seorang kawan. Tak pernah lebih dari tu. So saya minta maaf, saya tak dapat nak terima awak sebab hati saya telah dimiliki oleh seseorang. Maaf.
Shah : Emmm, takpelah Ira. Saya faham perasaan awak. Semoga awak berjaya mendapatkan cinta awak tu.
Aira : Terima kasih doakan saya.
Shah : Sama-sama.
Aira pergi meninggalkan Shah untuk masuk ke kelasnya....
Aira juga ada seorang kawan baik bernama Mia. Mia bercerita semua tentang Hairil kepada Aira.
Mia : Ira, ada something yang kau kena tahu pasal Hairil!
Aira : Hairil? Kenapa dengan dia?
Mia : Confirm Hairil dah berpunya.
Aira : Tak mungkin Hairil. Kau mesti salah orang ni.
Mia : Tak Ira. Betul!
Hati Aira terasa sakit sekali dan dia pun menangis. Kini, Aira ingin melupakan cintanya kepada Hairil walaupun hatinya sakit sekali.....
Suatu hari, Aira teringatkan Shah. Jejaka yang telah melafazkan cintanya kepada Aira. Namun, dia tolak hanya kerana cintanya pada Hairil. Aira ingin mengenali Shah dengan lebih dalam. Tapi itu semua sudah terlambat. Shah sudah pun memiliki penggantinya dan Shah telah melupakan perasaannya terhadap Aira. Aira berasa sedih..kenapa kisah cintanya harus berakhir dengan air mata. Akhirnya, Aira sedar bahawa cinta itu harus memilih dan harus mengorbankan perasaan seperti pengorbanannya untuk Hairil dan juga pengorbanan Shah untuknya.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment