Semoga korang enjoy baca cerita ni.........ambil pengajaran juga ya. :)
S : Awak, boleh jadi awek saya? Saya suka sangat kat awak. Awak sangat perfect dimata saya.
D : Okay, boleh je takde masalah. Couple ke?
S : Emm..Kalau dah minta jadi awek couple lah tu kan?
D : Okay. Bila nak kahwin?
S : Emm..boleh tak tunggu saya habis belajar tahun depan. Pastu tunggu saya dapat kerja stabil dulu. Dalam 4 tahun InshaAllah.
D : Okay, kita putus sekarang.
S : Tapi...kenapa?
D : Tiga sebab..
Pertama, awak ajak saya bergelumang dalamdosa untuk 4 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal-hal berkaitan. Dalam 4 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya tak nak terluka dan saya juga tak nak hati awak terlukaa.
Kedua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah untuk mereka yang betul-betul bersedia zahir dan batin, agamanya, ekonominya walaupun tak kaya dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.
Ketiga, lelaki yang beragama tahu bahawa ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud banyak-banyak. Muhasabah sentiasa. Berubah perlahan-lahan. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jangan beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Bosan. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian "Tak sesuai yang ni ambil yang lain" No.
S : Emm tapi saya tetap nak awak. Dah bertahun-tahun saya tunggu awak.
D : Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon. Bila dah bersedia cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika saya masih belum berpunya, datang minta dengan ayah mak terus. Bincang dengan mereka. Okay, saya pergi dulu, assalamualaikum.
S : Waalaikumusalam.
Terima kasih kerana membaca :)
No comments:
Post a Comment