Sunday, 7 June 2015

Kutitipkan Hati Pada Tuhan.

Hidup adalah tentang penantian dan pencarian. Hidup juga adalah tentang menemukan dan ditemukan. Namun, ada banyak kesempatan. Hidup adalah tentang merelakan.

Banyak hati yang menuntut kepastian selagi menunggu. Supaya mereka tahu bila mereka kena menyerah dan bila mereka harus tetap menunggu. Tak ramai yang sedar bahawa tiada kepastian dalam menunggu. Tidak ada kepastian untuk hati yang menunggu hati.


"I'll wait for you because I don't want anyone else"

Kadang hati boleh memilih. Kadang hati boleh bertahan walaupun ia belum dipilih. 
Demikian juga dengan hatiku.

Tak salah nak memilih. Tak salah nak mengharap. Tak salah nak menitipkan hati pada Tuhan. Agar kelak bila ada yang datang dan memilih hati, ia akan memintanya langsung kepada Tuhan. Kerana kini, aku bahkan tidak sanggup untuk menjaga hatiku sendiri. Aku tak bersedia untuk jatuh cinta lagi.


No comments:

Post a Comment